About Me

Sunday, November 9, 2014

Menjaring Impian Bersama Shaklee

Sesuatu yang belum dapat kita capai atau perolehi maka ianya boleh di kategorikan sebagai impian. Akak kini sedang menebarkan jala akak untuk menjaring impian bersama Shaklee.

Dream Catcher - di percayai mampu menghalang mimpi buruk

Jala yang di tebarkan bukan sebarang jala tapi ianya ialah usaha dan kesungguhan akak untuk hidup kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat.

#siapatakmahukaya .. dengan izinNya berkat doa dari diri sendiri, suami, anak-anak, keluarga, sahabat dan mudah-mudahan dari pelanggan akak.. Akak pasti usaha dan tawakal yang berterusan tanpa kenal erti putus asa akan ada balasan setimpal.

Amalan-amalan rohani

Impian Jangka Pendek
Di antara impian akak ialah akak nak peroleh bonus 5 angka dari perniagaan Shaklee, melangsaikan segala hutang-hutang tertunggak, memiliki rumah dan kereta yang besar untuk keselesaan keluarga besar akak.

Akak suka melancong jadi akak mahu pastikan akak akan lawati semua negeri dalam negara bersama keluarga dan berumrah seisi keluarga ke kota paling indah didunia, Makkah.

Kenapa ianya impian jangka pendek? Kerana akak pasti ianya boleh dan pasti terlaksana dalam masa kurang dari 2 tahun dari sekarang .. In sya Allah .. 

My dream poster!!
Impian Jangka Panjang 
Membina seberapa banyak pusat asuhan kanak-kanak yang tip top dengan bayaran mengikut kemampuan.

#siapatakmahukaya.. Bila kita punya modal, punya ilmu, punya keyakinan dan punya niat yang baik apa yang tinggal hanya perlaksanaan .. 

Ini memang impian akak sebelum akak di panggil pulang.. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya dan memberi kekuatan kepada akak untuk terus berusaha tanpa jemu.


"Dream Board"
Lakarkan semua impian, beserta tarikh bila ianya mesti terlaksana, kemudian ayuh bersama-sama kita bekerja dan berusaha menjaring impian masing-masing.

Akak pasti dan yakin usaha + penat lelah + tak pernah mengalah + sentiasa ingat Allah segala impian kita akan terlaksana.

Jika ada yang ingin menjaring impian bersama akak, jangan tunggu lagi;


Akak boleh di hubungi di ;
Sms/wechat/whatsapp : 010 338 2603
Instagram & FB : Mazni Md Shah
FB Fan page : Mummy Vitamin & Beauty Lover
Blog : http://maznishahdotcom.blogspot.com/ 

Shaklee ID 1117888
Wakil Shaklee bagi kawasan Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor dan penghantaran melalui pos ke seluruh negara.
(Diskaun sehingga 20% untuk ahli Shaklee)

No comments:

Post a Comment