About Me

Sunday, August 26, 2018

Tugasan Harian


Pagi (Sebelum Memulakan Perniagaan)

~~Dicadangkan datang lebih awal sekurang-kurangnya 15 min sebelum perniagaan bermula~~


PUNCH CARD dulu yer!!

  • Sapu Sampah & Buang Sampah
  • Sembur Ridset 
  • Mop Lantai
  • Lap Cermin Depan, Cermin Meja Pameran & Cermin Dalam Bilik Persalinan
  • Sembur Wangian 
  • Membersihkan Bilik Tandas
  • Mengira Wang Dalam Mesin Wang Runcit ( Pastikan duit kecil tersedia dan mengikut jumlah sepatutnya -RM 200)
  • Memastikan Semua Pakaian Yang Dipamerkan Mempunyai Tag Harga, Pakaian,  Tudung Dan Barangan Kemas Dalam Keadaan Tersusun Serta Ruang Pameran Penuh Dengan Produk Jualan jika TIDAK sila maklumkan pada PENGURUS
  • Mengira Stok 


Sewaktu Perniagaan 

  • Menyambut Pelanggan 
  • Melayan Pertanyaan Pelanggan
  • Mempelajari Dan Mengenal Pasti Jenis-jenis Produk Yang Di Niagakan 
  • Sentiasa Memastikan Produk Jualan Sentiasa Di Pamerkan & Berada Dalam Keadaan Kemas


Petang (Sebelum Menutup Perniagaan)

~~Dicadangkan supaya memulakan tugasan 30min sebelum waktu operasi berakhir~~


  • Sapu Sampah & Buang Sampah
  • Mop Lantai
  • Lap Cermin Depan, Cermin Meja Pameran & Cermin Dalam Bilik Persalinan
  • Mengemas Kawasan Kerja 
  • Sembur Ridset 
  • Mengira Wang Dalam Mesin Wang Runcit (Pastikan duit hasil jualan pada hari tersebut telah di asingkan)
  • Mengira Stok 

PUNCH CARD sebelum balik yer!!


Sent from my iPad

Saturday, November 15, 2014

Kenapa Mereka Pilih Meal Shake Shaklee? Dapatkan Testimoni Mereka

Semalam akak dah berkongsi tentang produk Meal Shake yang boleh bantu menambah baik selera makan anak, hari ni akak nak berkongsi pula testimoni pengguna produk Meal Shake. 

Testimoni Meal Shake bukan sekadar untuk menambah selera makan

Testimoni 1 - membantu mengurangkan serangan Asthma

Testimoni 2 - membantu menambah selera makan dan membantu melegakan sembelit

Testimoni 3 - membantu mengawal pemakanan @ diet 

Testimoni 4 - membantu menguatkan sistem imunisasi dan antibodi badan

Testimoni 5 - membantu menambah selera makan dan menguatkan sistem imunisasi badan

Testimoni 6 - membantu menambah susu badan

Semua peringkat usia perlukan Meal Shake .. 

Jom dapatkan sekarang ..

Jika anda punya sebarang pertanyaan atau inginkan lebih maklumat, boleh hubungi akak;

Sms/wechat/whatsapp : 010 338 2603
Instagram & FB : Mazni Md Shah
FB Fan page : Mummy Vitamin & Beauty Lover

Shaklee ID 1117888
Wakil Shaklee bagi kawasan Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor dan penghantaran melalui pos ke seluruh negara.
(Diskaun sehingga 20% untuk ahli Shaklee)

Thursday, November 13, 2014

Asid urik berlebihan penyebab GOUT!!

Asid urik berlebihan penyebab Gout. Bagi pengidap Gout, asid urik yang berlebihan akan terkumpul di dalam sendi, ini menyebabkan sendi membengkak dan menjadi amat sakit.
***Gout sering dihidapi oleh lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.Ia jarang sekali dihidapi oleh wanita sebelum putus haid***

"Gout adalah penyakit yang boleh dirawat.
Asid urik berlebihan penyebab Gout."
Tanda-tanda Gout
  1. Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. 
  2. Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  3. Sendi menjadi bengkak.
  4. Demam.
Sendi menjadi bengkak dan merah, tanda-tanda gout.
Bilakah Serangan Gout Boleh Berlaku?
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Bisa di jari kaki yang sering menyeksa pesakit.
Komplikasi

} Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’Tophi
} Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
} Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
#Kegemukan
#Darah Tinggi
#Hiperlipidemia
#Diabetes
Asid urik berkumpul dan membentuk "Tophi"
Pencegahan
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan - jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. 
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan dari badan.
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
  • Minum banyak air.

Elak Untuk Makan 
~Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
~Ikan bilis, kembung, sardin
~Daging cincang
~Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
~Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Selain dari ubat-ubatan seperti Steroid, Colchicine dan sebagainya yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan semasa serangan Gout, Set Gout Shaklee dapat membantu menyingkirkan asid urik selain membantu anda kekal bertenaga dan sihat.. In sya Allah ..

Set Gout dari Shaklee

Alfalfa - menurunkan asid serum (alkalin)
Pengambilan Alfalfa membantu penyingkiran toksin dari badan dan memerlukan pengambilan air yang banyak
Omega Guard - mengurangkan keradangan pada sendi
Mengawal kolestrol dan secara tidak langsung membantu menurunkan berat badan
Performance Drinks - membantu mengatasi masalah dehadrasi
Memastikan kandungan gula dan air dalam badan sentiasa mencukupi dan pesakit tidak mengalami dehadrasi.


Jika anda punya sebarang pertanyaan atau inginkan lebih maklumat, boleh hubungi akak;

Sms/wechat/whatsapp : 010 338 2603
Instagram & FB : Mazni Md Shah
FB Fan page : Mummy Vitamin & Beauty Lover

Shaklee ID 1117888
Wakil Shaklee bagi kawasan Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor dan penghantaran melalui pos ke seluruh negara.
(Diskaun sehingga 20% untuk ahli Shaklee)

Wednesday, November 12, 2014

Webinar Shaklee punya pasal, akak relakan jua....

Sejak join Shaklee hampir 10 bulan yang lalu, 4hb November 2014 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup akak, first time join webinar. Seumur hidup tak pernah lagi berwebinar-webinar ni.. Allahuakbar, di uji Allah pula pada hari tu, laptop akak buat hal tapi Webinar Shaklee punya pasal, akak relakan jua membawa diri ke cyber cafe.

Akak hampir putus asa .. Lappy akak rosak!!

Apa tu webinar?
Kalau nak tau webinar tu singkatan kepada perkataan "Website (laman sesawang) + Seminar" so maksud dia lebih kurang macam ni la.. Berseminar dengan menggunakan laman sesawang.. Orang biasanya berseminar kena duduk hotel dua tiga hari la, kena tinggal anak la, kena tinggal suami la .. Di Shaklee anda juga diberi peluang berseminar dengan cara "Webinar" menambah ilmu pengetahuan dengan hanya melalui laman sesawang.

Demi Webinar Shaklee.. Akak turutkan jua.....

Apa bagusnya webinar berbanding seminar biasa tu?
  • Tak perlu tinggalkan rumah @ keluarga
  • Tak perlu etika berpakaian .. Ikut la nak pakai baju tido ka, kain batik ka, nak tepek bedak sejuk sambil ber-webinar pun boleh 
  • Tidak di lakukan pada waktu-waktu kemuncak (peak hours) 
  • Tidak terlalu serius .. Tidak stress dan lebih santai 
  • Paling sesuai untuk mak-mak yang bagi baby "Breastfeeding" webinar tidak menggangu waktu susu baby. 
Berseminar di mana sahaja anda berada ..

Shaklee punya pasal, akak relakan jua membawa diri ke cyber cafe.
Dah bertahun-tahun tak masuk cyber cafe, last sekali zaman akak muda-muda dulu tapi di sebabkan keazaman akak.. Maka akak gagahkan diri bawak baby Anwar ke cyber cafe semata-mata nak dapatkan ilmu.. Kata pepatah "Di mana ada kemahuan, Di situ pasti ada jalan" dan Alhamdullilah kerana niat akak datang tu nak cari ilmu, Allah permudahkan semuanya. Sepanjang webinar yang mengambil masa hampir 1 jam tu Anwar berjaya tidur dengan nyenyaknya walaupun keadaan agak bising (mostly budak-budak datang CC ni sebab untuk main game)

"Tips mengurus masa" Webinar by Ida Ifaz
1- Kena tahu kenapa nak buat Shaklee?
2- Solat di awal waktu
3- "The Power of Focus"
4- Jangan bertangguh
5- Wajib punya waktu khusus untuk Shaklee (1-2 jam)
6- Wujudkan sistem yang bekerja untuk kita
7- Sentiasa ada buku catatan kemana sahaja pergi

Dalam tandas pun kalau boleh bawa nota.. kita bawa.. 

Sebenarnya kita dah tahu semua perkara di atas cuma kadang-kadang kita lupa sebab itu la kita perlu menghadirkan diri dalam webinar-webinar yang di adakan untuk peringat diri sendiri .. (sesiapa yang nak copy slide akak ada save sila la minta ye)

Pengalaman terbaik dan saya tidak sabar menunggu giliran saya!! 
Satu perasaan yang sangat best dan akak dapat rasakan satu "Energy" yang sangat positiftak sabar menunggu giliran akak pula untuk menganjurkan webinar, berkongsi ilmu dengan semua dan mudah-mudahan ilmu itu kelak dapat memberi manfaat.

It's really make me moving.. The more you give, the more you get back!!  

Jom sertai akak, tunggu apa lagi contact la akak;

Sms/wechat/whatsapp : 010 338 2603
Instagram & FB : Mazni Md Shah
FB Fan page : Mummy Vitamin & Beauty Lover
Shaklee ID 1117888
Wakil Shaklee bagi kawasan Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor dan penghantaran melalui pos ke seluruh negara.
(Diskaun sehingga 20% untuk ahli Shaklee

Monday, November 10, 2014

Kudapan yang mengenyangkan

Dalam banyak- banyak resepi dengan menggunakan produk Shaklee .. Resepi kudapan ini yang menjadi pilihan akak sebab akak kerap merasa lapar terutama di waktu malam dan cara pembuatannya mudah lagi cepat. Dengan Overnight ESP Oat perut akak akan sentiasa tersenyum. Nyum.. Nyum.. kudapan yang mengenyangkan. 

Saja nak bagitahu akak memang susah nak tidur waktu malam :)

Bahan-bahan dan cara penyediaan 
Bahan-bahannya:
* Sudah semestinya ESP 
* Susu tepung
* Oat 
<Boleh ditambah dengan buah-buahan kering atau segar atau kekacang>
* Air sejuk/ air masak
**jangan lupa botol atau bekas yang bersih untuk penyimpanan**

Cara penyediaan: 
1) 1 sudu ESP, 1 sudu susu tepung dan 4 sudu oat di masukkan ke dalam bekas atau botol yang di sediakan..
2) Campurkan dengan kira-kira 100ml air sejuk atau air masak dan masukkan juga buah-buahan kering/segar atau kekacang 3) Goncang 

Dah siap!!! Senang dan pantas .. Semudah 1,2 dan 3..
Tadaaaa.. Overnight ESP Oat

Akak lebih suka yang cair so kalau ada yang suka jenis pekat cuma perlu kurangkan kuantiti air, πŸ‘πŸ‘paling sedap bila di minum sejuk πŸ‘πŸ‘... kudapan yang bukan sahaja sedap tapi ianya juga sihat dan memberi tenaga serta mengenyangkan . Nak berdiet dengan cara sihat .. jom Overnight ESP Oat ..

Apa tunggu lagi .. Jom dapatkan ESP dan kita boleh sama-sama berdiet dengan mudah dan tak perlu berlapar.. Ianya semudah 1,2,3  untuk sihat dan segar!!

Mahu lebih maklumat @ anda punya sebarang pertanyaan? 
Akak boleh di hubungi di ;
Sms/wechat/whatsapp : 010 338 2603
Instagram & FB : Mazni Md Shah
FB Fan page : Mummy Vitamin & Beauty Lover
Blog : http://maznishahdotcom.blogspot.com/ 

Mazni Md Shah {Shaklee ID 1117888}
Wakil Shaklee bagi kawasan Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor. penghantaran melalui pos ke seluruh negara.

Diskaun sehingga 20% ayuh dapatkan harga yang lebih murah .. Jom sertai kami di Shaklee .. 

Sunday, November 9, 2014

Menjaring Impian Bersama Shaklee

Sesuatu yang belum dapat kita capai atau perolehi maka ianya boleh di kategorikan sebagai impian. Akak kini sedang menebarkan jala akak untuk menjaring impian bersama Shaklee.

Dream Catcher - di percayai mampu menghalang mimpi buruk

Jala yang di tebarkan bukan sebarang jala tapi ianya ialah usaha dan kesungguhan akak untuk hidup kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat.

#siapatakmahukaya .. dengan izinNya berkat doa dari diri sendiri, suami, anak-anak, keluarga, sahabat dan mudah-mudahan dari pelanggan akak.. Akak pasti usaha dan tawakal yang berterusan tanpa kenal erti putus asa akan ada balasan setimpal.

Amalan-amalan rohani

Impian Jangka Pendek
Di antara impian akak ialah akak nak peroleh bonus 5 angka dari perniagaan Shaklee, melangsaikan segala hutang-hutang tertunggak, memiliki rumah dan kereta yang besar untuk keselesaan keluarga besar akak.

Akak suka melancong jadi akak mahu pastikan akak akan lawati semua negeri dalam negara bersama keluarga dan berumrah seisi keluarga ke kota paling indah didunia, Makkah.

Kenapa ianya impian jangka pendek? Kerana akak pasti ianya boleh dan pasti terlaksana dalam masa kurang dari 2 tahun dari sekarang .. In sya Allah .. 

My dream poster!!
Impian Jangka Panjang 
Membina seberapa banyak pusat asuhan kanak-kanak yang tip top dengan bayaran mengikut kemampuan.

#siapatakmahukaya.. Bila kita punya modal, punya ilmu, punya keyakinan dan punya niat yang baik apa yang tinggal hanya perlaksanaan .. 

Ini memang impian akak sebelum akak di panggil pulang.. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya dan memberi kekuatan kepada akak untuk terus berusaha tanpa jemu.


"Dream Board"
Lakarkan semua impian, beserta tarikh bila ianya mesti terlaksana, kemudian ayuh bersama-sama kita bekerja dan berusaha menjaring impian masing-masing.

Akak pasti dan yakin usaha + penat lelah + tak pernah mengalah + sentiasa ingat Allah segala impian kita akan terlaksana.

Jika ada yang ingin menjaring impian bersama akak, jangan tunggu lagi;


Akak boleh di hubungi di ;
Sms/wechat/whatsapp : 010 338 2603
Instagram & FB : Mazni Md Shah
FB Fan page : Mummy Vitamin & Beauty Lover
Blog : http://maznishahdotcom.blogspot.com/ 

Shaklee ID 1117888
Wakil Shaklee bagi kawasan Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor dan penghantaran melalui pos ke seluruh negara.
(Diskaun sehingga 20% untuk ahli Shaklee)